Jumaat, 30 Oktober 2015

Kursus DNA Dan Forensik Makanan

Produk halal yang berada di pasaran pada ketika ini tidak lari daripada aduan pengguna yang meragui status halalnya walaupun sudah memiliki sijil halal. Justeru pihak berkuasa yang diamanahkan bagi tanggungjawab ini perlu berhadapan dalam keadaan mencabar ini bagi membuktikan kesahihan produk halal tersebut. Teknik DNA kerap digunakan untuk mengenalpasti spesis haiwan kerana DNA adalah stabil walaupun setelah melalui pemprosesan produk tersebut. Di samping itu ia amat tahan terhadap suhu tinggi juga molekul biologi bertahan lama dan hadir dalam semua jenis tisu organism hidup. Hasil analisis Polymerase Chain Reaction (PCR) menunjukkan keputusan yang sangat baik untuk pengesanan secara kualitatif dan kuantitatif bagi contoh, sumber daripada babi dalam sampel.
Bagi memantapkan ilmu dan kefahaman pegawai dalam bidang berkenaan Cawangan Penguatkuasaan dan Pemantauan Bahagian Hab Halal dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi UKM telah mengadakan kursus DNA dan Forensik pada 5-7 November lalu bertempat di Masjid Putra dan Food Pilot Plant , Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Pembimbing bagi kursus ini terdiri daripada Pakar DNA dan Forensik Sains UKM iaitu Prof Madya Dr Khairul Osman, Tuan Amidon Anan (Mantan Pakar Forensik PDRM) dan Dr Siti Noorbaiyah Abdul Malek. Peserta telah didedahkan dengan teori DNA, kaedah/prosedur persampelan forensik makanan, teknik pengumpulan bukti dan mendokumentasi bahan bukti. Peralatan bagi memproses bukti di lokasi yang disyaki turut diperkenalkan kepada peserta.
Latihan amali telah berlangsung di Food Pilot Plant, UKM dan setiap peserta telah mengaplikasikan segala ilmu teori yang diperolehi sebelum itu.
kursus1
Peserta kursus bersama Tuan Amidon Anan, Mantan Pakar Forensik PDRM
 kursus2
Kelas Teori Sains Forensik

Bengkel Kriteria Dan Prosedur Pengiktirafan Badan Islam Luar Negara & Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Halal Negara-Negara MABIMS Kali Ke- 4 Tahun 2015

mabim1

Jakim melalui Bahagian Hab Halal telah menganjurkan Bengkel Kriteria Dan Prosedur Pengiktirafan Badan Islam Luar Negara & Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Halal Negara-Negara MABIMS Kali Ke-4 pada 19–20 Mei 2015 bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
mabim3mabim2
Objektif utama program ini adalah bagi menentukan Badan Pensijilan Halal Luar Negara sebagai rujukan bersama badan pensijilan halal negara-negara anggota MABIMS. Pelbagai isu berkaitan teknikal pensijilan halal negara-negara MABIMS turut dibincangkan di dalam pertemuan kali ini di samping merancang dan melaksanakan strategi serta program bagi memenuhi keperluan pengharmonian prosedur dan kriteria pensijilan halal negara-negara anggota MABIMS.
mabim4
Pada sesi bengkel yang diadakan, Islamic Development Bank (IDB) Jeddah turut dijemput bagi membentangkan cadangan menjalinkan kerjasama antara IDB Jeddah dan Jawatankuasa Halal MABIMS. Pembentangan Study Report and Publication On Synergistic Collaboration On Halal Guidelines And Procedures Among MBIMS Countries bertujuan untuk menyatakan secara jelas petunjuk pembangunan halal peringkat negara MABIMS dan kemudiannya akan dipanjangkan ke peringkat antarabangsa khususnya negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Kesediaan IDB Jeddah untuk berkerjasama dengan MABIMS adalah satu peluang yang sangat baik dan murni. Mudah-mudahan cadangan kerjasama ini akan mendapat sokongan padu daripada Negara-negara Anggota MABIMS kerana ia adalah satu platform bagi membolehkan Negara-negara Anggota MABIMS untuk membawa prinsip-prinsip Pensijilan Halal Negara-negara Anggota MABIMS yang diperakui terbaik di dunia ke peringkat antarabangsa, khususnya ke negara-negara Islam bagi membantu mereka memacu ekonomi dan industri halal serta beroleh faedah yang diharapkan.
mabim5
mabim6

Peserta program terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang mewakili negara anggota MABIMS dan Jakim.

HALAL FUN RIDE 2015 MENCETUS GELOMBANG YAKINI HALAL MALAYSIA

Bersempena Kempen Yakini Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal telah berjaya menganjurkan Halal Fun Ride 2015 yang telah berlangsung pada 22 Ogos 2015. Program yang menjadikan acara berbasikal santai beramai-ramai dengan disulami pengisian maklumat ringan berkaitan Halal Malaysia sekitar Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya telah mampu menarik lebih 3500 orang peserta berbasikal dari dalam dan luar negara.
 13581112
Program yang julung kali diadakan ini telah dimulakan dengan solat subuh berjemaah para peserta dengan diimamkan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau kemudiannya telah turut menyempurnakan majlis pelancaran kempen Yakini Halal Malaysia dan merasmikan acara Halal Fun Ride ini. Perasmian ini telah berlangsung di garisan permulaan acara berbasikal berhadapan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Usai merasmikan program, beliau diiringi Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman bin Mustapha dan beberapa orang dif kehormat ke acara berbasikal santai tersebut.

Melalui penganjuran program yang dijayakan oleh JAKIM bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bikeaway, Perbadanan Putrajaya, Pejabat Kesihatan Putrajaya, IPD Putrajaya, RELA dan JPAM diharap dapat memenuhi tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pensijilan halal Malaysia. Kesedaran ini mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap logo Halal Malaysia dan logo-logo halal badan-badan pensijilan luar negara yang diiktiraf.

Selain daripada rakan-rakan penganjur JAKIM, program ini turut mendapat sokongan penuh syarikat-syarikat pemegang Sijil Halal Malaysia. Semoga melalui penganjuran program ini ia mampu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pusat rujukan halal global dan menjadi pusat pengeluaran, perdagangan serta inovasi halal bertaraf dunia.

Rabu, 28 Oktober 2015

HDC perlu segera wujudkan sijil halal antarabangsa

27 OKT : Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dicabar untuk mewujudkan persijilan halal antarabangsa selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia selaku antara perintis tpm hdcindustri halal tidak sewajarnya ketinggalan dalam bidang persijilan halal berbanding negara lain terutama negara yang masyarakat Islamnya adalah minoriti.
“Saya berharap HDC akan mengambil cabaran ini secara serius dan saya juga akan meletakkan perkara ini dalam KPI (Petunjuk Prestasi Utama),” katanya dalam ucapan pada Program Inisiatif Halal dalam Industri Rawatan Kesihatan anjuran HDC di ibu negara, Selasa.
Dalam pada itu Malaysia katanya, berada di landasan yang tepat untuk menjadi destinasi pelancongan perubatan dunia dengan menjana perolehan RM1 bilion setahun.
Menurutnya, ekosistem industri farmasutikal halal yang mapan di negara ini menyaksikan 110 syarikat pembuatan farmaseutikal di Malaysia sehinga Ogos mendapat persijilan halal termasuk 24 syarikat yang mengeksport produk berasaskan industri berkenaan.
“Malaysia juga antara negara di rantau ini yang menerima skim kerjasama pemeriksaan farmaseutikal dan membolehkan pemain industri tempatan mengeluarkan produk mengikut standard pembuatan berkualiti tinggi.
“Perkara ini juga membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk mengeksport produk mereka ke pasaran asing yang mempunyai skim berkenaan antaranya Eropah, Australia dan Kanada,” katanya.

Isnin, 26 Oktober 2015

Russia Jemput Syarikat Malaysia Untuk Memasuki Pasaran Halalnya

Russia menjemput syarikat syarikat Malaysia untuk memasuki pasaran halalnya kerana permintaan produk halal di sana semakin berkembang.
Presiden Regions-Russia Association Linar Yakupov berkata pasaran halal negara itu mencatatkan pertumbuhan 100% pada 2014.
“Kami berminat untuk bekerjasama dengan syarikat syarikat Malaysia dan pihak yang terlibat dalam industri halal untuk membina pusat pengeluaran dan pengedaran di Russia,” katanya kepada wartawan.
Russia mempunyai populasi Muslim melebihi 20 juta.
“Terdapat permintaan yang tinggi di Russia daripada komuniti Muslim begitu juga dengan populasi bukan Muslim. Oleh itu kami berminat untuk bekerjasama dengan syarikat syarikat Malaysia untuk membawa produk produk halal ke negara kami,” Yakupov menambah.
Sementara itu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Datuk Dzulkifli Mahmud juga menggesa syarikat syarikat tempatan menjadi lebih berani dan memasuki industri halal di Russia yang menjanjikan pulangan lebih baik di masa hadapan.
Dzulkifli berkata industri halal dijangka menyumbang 5.8% pertumbuhan produk domestik Malaysia tahun ini.
Russia telah dikenal pasti sebagai pengimport produk dan servis halal Malaysia yang paling pesat berkembang di dunia.
Malaysia juga berada di ranking ke-19 destinasi eksport untuk produk halal dengan nilai RM385.05 juta pada 2014, meningkat sebanyak 34.2% dari tahun sebelumnya.
Tahun lepas, jumlah trade Russia-Malaysia mencatatkan angka US$2.8 billion, meningkat 55.2% daripada US$1.81 billion pada 2013.

Jumaat, 16 Oktober 2015

Bukti Pasaran Produk Lebih Tinggi Jika Punya Sijil Halal

Pasaran Produk Lebih Tinggi Jika Punya Sijil Halal
Pasaran produk lebih tinggi jika punya Sijil Halal. Anda setuju? Berikut buktinya!


Berdasarkan peratusan hanya 30 peratus usahawan Bumiputera memiliki Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), selebihnya dikuasai usahawan bukan Bumiputera.
Usahawan bumiputera seharusnya sedar bahawa mengeluarkan produk halal di pasaran adalah penting tetapi oleh kerana sifat “berkira” untuk mengeluarkan modal menjadi kekangan buat orang kita tidak memiliki sijil halal. Tetapi sebaliknya berlaku kepada usahawan bukan Bumiputera yang menyasarkan pembeli dari kalangan Muslim dan perlu bagi mereka memiliki sijil halal untuk memasarkan produk mereka.
Seharusnya usahawan tidak memikirkan produk berlegar di dalam pasaran tempatan malah sebaliknya biar hingga ke pasaran antarabangsa.
Bukti Pasaran Produk Lebih Tinggi Jika Punya Sijil Halal
nilai eksport Produk Halal bagi empat tahun kebelakangan. Jadi, adakah anda masih ragu-ragu untuk memohon pensijilan Halal?
Percayalah, dengan memiliki sijil halal, akan memberi keyakinan yang tinggi kepada pembeli dan secara automatik pasaran produk lebih tinggi dan keuntungan pula akan lebih banyak jika mempunyai sijil halal.

Pengesahan Rasmi – Pembekal Ayam Segar Giant Halal Jakim Malaysia

Giant Malaysia
Giant Malaysia

Saya mendapat msg pemberitahuan tentang penarikan semula sijil halal PCK ini, berserta dengan msg “Ayam2 yg dijual seluruh PASARAYA GIANT, SIJIL HALAL sudah ditarik balik. Harap maklum kpd semua umat Islam” Oleh itu, saya nak tau apa kaitan PCK dgn GIANT. Adakah PCK merupakan pembekal ayam kepada GIANT. Diharap Admin dapat membantu. Terima kasih.

Awal bulan june 2015 Sijil Halal Rumah Sembelihan Ayam PCK Processing and Marketing Enterprise yang beroperasi di Seri Manjung telah ditarik balik oleh JAIPk. Selepas beberapa hari, viral di media social dan juga whatsapp berantai heboh dengan mesej berbunyi“Ayam2 yg dijual seluruh PASARAYA GIANT, SIJIL HALAL sudah ditarik balik. Harap maklum kpd semua umat Islam”. 

Semalam, 9 June 2015 dengan pantasnya Pihak Pengurusan GCH Retail (M) Sdn Bhd iaitu Giant Malaysia keluarkan kenyataan bahawa Pasaraya Giant tiada kaitan dengan status halal PCK Processing.
Ayam Segar Giant Halal Jakim Malaysia

Pengesahan Rasmi Oleh Pembekal-Pembekal Ayam Segar Untuk Giant Bersama Sijil Pengesahan Halal-Jakim

Pengesahan rasmi oleh pembekal-pembekal ayam segar untuk giant bersama sijil pengesahan halal-jakim mengenai ayam segar yang diedar, dipasar dan dijual di rangkaian pasaraya besar GIANT seluruh Malaysia mempunyai sijil HALAL yang diiktiraf, disah dan dikeluarkan oleh JAKIM.
“Dengan pengesahan serta perjelasan yang telah diberi, kami mengalu-alukan para pelanggan setia kami serta rakyat Malaysia untuk terus mengunjungi serta menikmati pengalaman membeli belah di GIANT. Keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami. GIANT akan terus berusaha memberi yang terbaik!”
» Salam ikhlas, Pengurusan GCH Retail (M) Sdn Bhd

Senarai Pembekal Ayam Segar Giant Halal Jakim Malaysia

Berikut merupakan senarai pembekal ayam segar giant yang telah diiktiraf halal jakim malaysia bagi seluruh pasaraya besar giant malaysia
  1. Lay Hong Food Corporation Sdn Bhd (633683-X)
  2. PK Argo Industrial Products (M) Sdn Bhd (559453-H)
  3. HLRB Processing Sdn Bhd (722036-H)
  4. New balok poultry industries sdn bhd (1089948-p)
  5. Dindings poultry processing sdn bhd (144808-p)
  6. Hy-fresh industries sdn bhd (734885-w)
  7. Worldsign industries sdn bhd (799780-m)
  8. Kerabat processing house (pedas) sdn bhd. (868541-k)

Hanya 20 peratus permintaan produk halal dipenuhi

   KUALA LUMPUR: Pusat Sokongan Halal Global (GHSC) yang ditubuhkan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) pada 2012, hari ini muncul pusat rujukan utama dunia bagi mendapatkan data dan maklumat berkaitan halal secara fizikal dan dalam talian. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pusat itu berfungsi sebagai pusat sehenti kepada pengeluar dan orang awam untuk mendapatkan maklumat berhubung piawai, pensijilan dan pembangunan keupayaan bagi semua produk dan perkhidmatan halal. Beliau berkata, selain menyediakan portal maklumat, perkhidmatan secara peribadi juga disediakan HDC di Bandar Utama, Petaling Jaya dalam bentuk pembekalan maklumat, bimbingan dan nasihat. 
 "Kini GHSC menjadi pusat rujukan halal kepada hampir 120 negara dengan 32 juta pengguna merangkumi pengguna fizikal dan dalam talian. "Pusat itu juga menerima lawatan 9,900 delegasi dari 69 negara," katanya pada Majlis Penghargaan Program SME Mentoring anjuran bersama HDC, SME Corp Malaysia dan Nestle (Malaysia) Bhd. Hadir sama Pengerusi HDC, Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim; Pengerusi SME Corp, Tan Sri Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid; dan Pengerusi Nestle Malaysia, Tan Sri Syed Zainol Anwar Syed putera Jamalullail. Mustapa berkata, antara produk mendapat sambutan baik di GHSC itu ialah Halal Dataware System yang berfungsi untuk menghasilkan data utama, termasuk data perdagangan industri halal di Malaysia.          

   Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata bilangan pembekal keluaran halal masih terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi permintaan pengguna global. Permintaan produk halal global yang terdiri daripada makanan dan minuman, ramuan, kosmetik dan barangan penjagaan diri serta farmaseutikal dianggarkan bernilai AS$790 bilion (RM2.894 trilion), katanya. Bagaimanapun, permintaan itu katanya hanya dapat dipenuhi setakat 20 peratus atau bersamaan nilai AS$136 bilion (RM498.13 bilion) oleh pembekal keluaran halal sedunia. "Ini bermakna, jurang perbezaan permintaan berbanding bekalan ialah sebanyak 80 peratus bernilai kira-kira AS$654 bilion (RM2.395 trilion). "Pastinya keadaan ini membuka peluang kepada IKS tempatan untuk mempertingkatkan usaha bagi mengetengahkan produk halal mereka di pasaran antarabangsa," katanya. 
   
   Program SME Mentoring yang dilancarkan pada 2009 bertujuan membangun dan meningkatkan keupayaan IKS tempatan dalam industri makanan dan minuman halal. Menerusi program itu, pengusaha IKS dibimbing di bawah program antaranya, pembangunan dari aspek pasaran, pensijilan halal, dan penambahbaikan produk. Sebanyak 243 peserta menyertai program itu setakat hari ini, yang mana lima daripadanya termasuk dua syarikat Bumiputera, diambil menjadi pembekal kepada Nestle Malaysia. MUSTAPA bercakap pada Majlis Penghargaan Program SME Mentoring anjuran bersama HDC, SME Corp Malaysia dan Nestle (Malaysia) Bhd. - Foto Nurul Shafina Jemenon


MUSTAPA bercakap pada Majlis Penghargaan Program SME Mentoring anjuran bersama HDC, SME Corp Malaysia dan Nestle (Malaysia) Bhd. - Foto Nurul Shafina Jemenon


RM234 juta bantu usahawan IKS negeri Bantu peniaga kecil jana perniagaan secara berjadual

ROSLEE DAUD (kiri) melakukan perasmian Showcase SDSI Peringkat ROSLEE DAUD (kiri) melakukan perasmian Showcase SDSI Peringkat Zon Timur 2015 di Pusat Dagangan Terengganu di Kuala Terenganu, Terangganu semalam. UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR
KUALA TERENGGANU 17 Sept. - Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM234 juta bagi membiayai perniagaan golongan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Terengganu dalam enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata, daripada jumlah itu, RM121 juta adalah dana usahawan mikro membabitkan 17,435 usahawan yang menikmati faedah di bawah program dana keusahawanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Beliau memberitahu, manakala baki RM113 juta lagi adalah dana pembiayaan perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana melibatkan 1,697 usahawan menerusi dana yang disediakan lapan agensi keusahawanan utama di bawah Maj­lis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu.
Menrutnya, dalam tempoh yang sama, kerajaan negeri turut membantu usahawan meningkatkan daya saing perniagaan dengan me­laksanakan 190 kursus dan latihan keusahawanan melibatkan penyertaan 8,704 usahawan IKS.

“Ia jelas membuktikan kerajaan sentiasa prihatin bagi membangun dan membantu daya saing IKS tempatan termasuk usahawan SDSI (Satu Daerah Satu Industri),” katanya.
Roslee menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Showcase SDSI Peringkat Zon Timur 2015 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini hari ini yang berlangsung selama tiga hari berakhir Sabtu ini.
Dalam majlis itu, beliau turut me­lancarkan produk usahawan tempatan termasuk keluaran baharu AdeqSue berupa petai jeruk, cili jeruk, keropok lekor perisa keju dan keropok lekor perisa lada hitam milik usahawan yang juga bintang bola sepak negara, Hairuddin Omar atau Hai O.
Beliau seterusnya berkata, penganjuran Showcase SDSI Zon Timur kali ini menyaksikan peningkatan jumlah penyer­taan kepada 170 usahawan berbanding hanya 81 peserta pada kali pertama penganjurannya empat tahun lalu.

Peluang kembang perniagaan

Kuala Lumpur: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan membuka lebih peluang kepada syarikat tempatan untuk mengembangkan lagi aktiviti perniagaan mereka di luar negara jika Malaysia bersetuju menandatangani perjanjian berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, sektor elektrik dan elektronik (E&E) antara bidang yang akan mendapat kelebihan berikutan jumlah eksport yang tinggi dicatatkan iaitu sekitar 35 peratus hingga 36 peratus.
“Jika kita lihat daripada jumlah eksport iaitu sebanyak 35 peratus hingga 36 peratus, adalah daripada produk E&E dan ini disebabkan terdapat banyak syarikat tempatan melabur di negara luar antaranya Amerika Syarikat.
“Sekiranya Malaysia tidak termasuk dalam perjanjian ini, dominasi kita dalam industri ini akan terjejas dan memberi kesan kepada ekonomi negara,” katanya ketika ditemu bual dalam Rancangan Soal Jawab terbitan TV3 berkaitan topik, ‘Ekonomi Negara’, semalam.
Beliau berkata, persetujuan pembabitan Malaysia dalam TPPA akan turut mengurangkan kos struktur perniagaan apabila terdapat produk luar yang dibenarkan masuk ke dalam negara.
Beliau turut menyangkal pendapat sesetengah pihak yang mendakwa Malaysia adalah ‘pak turut’ Amerika Syarikat sekiranya bersetuju menandatangani perjanjian itu.
Menjawab isu lain, Wahid berkata, pihaknya yakin usaha kerajaan untuk memantapkan ekonomi dan kewangan negara akan mengembalikan ringgit ke paras yang sepatutnya.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai paras mata wang negara patut berada dan bila ia sepatutnya berlaku.
Beliau diminta mengulas mengenai unjuran Rabobank bahawa ringgit akan diniagakan antara RM4.45 dan RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun.
Mengenai isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), katanya itu akan diselesaikan sebelum akhir tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ia diberi penekanan lagi apabila kerajaan mengambil langkah proaktif antaranya menjual aset 1MDB dan menggunakan hasilnya untuk membayar dan mengurangkan hutang,” katanya. - BERNAMA

Rebut peluang penuhi permintaan makanan halal

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (dua dari kiri) mencuba
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (dua dari kiri) mencuba serunding daging ketika melawat gerai di Pameran Produk Halal Dunia (HAPEX) 2015, Songkhla, Thailand, kelmarin. BERNAMA
SONGKHLA 11 Sept. – Malaysia dan Thailand wajar bekerjasama dan membuat persediaan untuk memenuhi permintaan terhadap makanan halal yang semakin meningkat.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kerjasama itu boleh dijayakan berdasarkan pengiktirafan dunia ke atas sijil halal Malaysia, manakala wilayah Selatan Thailand pula kaya dengan bahan mentah dan pertanian.
“Permintaan terhadap produk halal yang secara tradisinya terdiri daripada makanan dan minuman telah berkembang meliputi pelbagai bidang, seperti perubatan, pelancongan, perbankan, hospitaliti, kosmetik dan projek penjagaan diri.
“Selain pertambahan penduduk dan pendapatan yang semakin meningkat, Selatan Thai dengan lebih 20 juta penduduknya beragama Islam dan bersempadan dengan Perlis, boleh memanfaatkan kelebihan masing-masing bagi menjayakan kerjasama strategik berlandaskan kepentingan bersama,” titah Tuanku Syed Faizuddin.
Baginda menyampaikan titah ucaptama bertajuk Peluang Membina Kolaborasi Antara Perlis dan Thailand di Pameran Produk Halal Dunia (HAPEX) 2015 di Pusat Konvensyen Peringatan Sambutan 60 Tahun Pemerintahan Raja Thailand, Prince of Songkhla University (PSU), kampus Hat Yai, di sini petang semalam.
Seminar dan pameran HAPEX anjuran PSU dari 10 hingga 13 Sept ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, M.L. Panadda Diskul.
Ketua Setiausaha Pertubuhan Halal Islam Antarabangsa (IIHO), Dr. Saleh Alaayed Diskul dan Presiden PSU, Dr. Chusak Limsakul turut menyampaikan ucapan masing-masing pada seminar itu. – BERNAMA

Khamis, 15 Oktober 2015

9 Restoran 'Western' Halal Yang Anda Mesti Kunjung Sekitar KL Dan Selangor

Kembara mencari steak, lamb dan chicken chop yang halal dan sedap dengan harga berpatutan. Itulah kriteria kedai makan western yang kami cari dan kami kongsikan khas untuk mereka yang sukakan makanan barat.

  • 1. Eye's Steak

    • Eye's Steak agak baru saja dibuka di Pantai Dalam beberapa bulan lalu. Terletak di Pantai Dalam, antara sajian istimewa mereka ialah Chicken Boxing, Burger Chicken Chicken Chop Bun dan Ribs Eye. Saiz hidangan di restoran ini juga agak besar, memang puas hati kalau makan di sini. 

      Bagi mereka yang ingin menikmati makanan barat dengan bajet berpatutan, disarankan berkunjung ke sini kerana tagline kedai ini pun "Rasa Restoran, Harga Kedai" menjaminkan yang dompet anda takkan koyak jika menjamu selera di sini. Layari Facebook Eye's Steak.

      Beef steak: RM11, Chicken Chop: RM7.50, Lamb Chop (dan nasi): RM13.50

      Alamat: GM5-09 & 10, Bazaria Pantai (Jalan Pantai Permai 2), 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
      Telefon: 017-2563283
       says.com
  • 2. Toowomba Deli & Meats Steak House

    • Kedai makan dengan nama yang unik ini antara kedai makan western mampu beli yang memasukkan Wagyu dalam menu mereka. Daging Wagyu adalah bahagian daging terbaik dari baka lembu yang juga terbaik, jadi harganya biasanya adalah mahal. Kalau di Me'nate harga Wagyu ialah lebih RM200 mengikut timbangan. Tetapi di sini, harganya cuma RM110.90 untuk jenis Sirloin dan RM122.90 untuk jenis Ribeye. 

      Selain dari Wagyu, antara menu istimewa lain ialah Seafood Platter, Steak Sandwich dan Lamb Rack. Layari Facebook Twoowomba Deli untuk info lanjut.

      Striploin steak: RM22.90, Chicken Chop: RM18.90, Lamb Chop: RM21.90

      Alamat: G 3A PV128 Jalan Genting Klang Setapak, Kuala Lumpur.
      Telefon: 03-41319006
       says.com
  • 3. Mr Steak House

    • Walaupun kedai makan ini lokasinya agak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, tapi ramai yang recommend dan memuji kesedapan makanan barat yang disajikan di sini. Bagi mereka yang tinggal di luar pusat bandaraya, terutama yang tinggal di bahagian Bangi dan Kajang, mungkin boleh cuba Mr Steak House.

      Antara menu yang istimewa di sini ialah makanan Itali, makanan pinggan panas (hot plate) dan paling terkini, Grilled Tiger Prawn. Layari Facebook Mr Steak House untuk info lanjut.

      Sirloin steak: RM15.90, Chicken Chop: RM8.90, Lamb Chop: RM11.90

      Alamat: No. 23-1, Jalan BPP 5/8, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
      Telefon: 012-4669410
       says.com
  • 4. Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

    • Kedai makan Pak Ngah Hilmi ini seperti kecil-kecil cili padi, walaupun kecil namun ramai juga yang turut mencadangkan kedai ini untuk dikunjungi sekiranya teringin nak makan makanan barat. Antara hidangan lain yang terdapat di sini ialah kepak ayam dan bebola daging. Menu di kedai makan Pak Ngah Hilmi ini sangat straight forward, jadi anda tak perlu kerut dahi memikirkan menu apa yang nak dimakan. 

      Memandangkan kedai makan ini cuma sebuah kedai makan kecil, menu makanan barat yang dijual juga adalah yang makanan barat yang basic iaitu steak. Namun begitu, menu simple ini memang menepati citarasa kedai makanan barat yang kami cari. LayariFacebook Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak untuk info lanjut.

      Lamb Steak: RM19.00, Chicken Steak: RM18.00

      Alamat: No 43 Jalan SJ 1, Taman Setiajaya, Rawang, Selangor.
      Telefon: 012-9332709
       says.com
  • 5. Top Steak House

    • Apa yang istimewanya Top Steak House ini ialah ia mempunyai sehingga 60 pilihan menu yang boleh anda pilih jika anda berkunjung ke sini. Ramai yang mengatakan rasa pedas sos barbeku pada setiap hidangan di restoran ini memukau selera pelanggan.

      Menu di Top Steak House terbahagi kepada lima kategori iaitu ayam, ikan, daging lembu, daging kambing dan hidangan masakan Itali. Kalau anda hendak memesan menu makanan laut pula, tempahan sehari sebelum adalah digalakkan untuk mengekalkan kesegaran makanan. Layari Facebook Top Steak House untuk info lanjut.

      Steak Tulang T: RM26.90, Chicken Chop: RM8.90, Mixed Lamb Chop: RM16.90

      Alamat: No. 2, Jalan Tasik Utama 10, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
      Telefon: 017-3504055/013-3883891
       says.com
  • 6. Fiske Steakhouse

    • Saiz hidangan makanan di Fiske Steakhouse bersaiz besar dan lebih daripada berbaloi dengan harganya yang murah. Pemilik restoran ini, Shamsul Kamal dahulunya seorang chef di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, jadi tidak perlu risau dengan kualiti menu yang terhidang di kedai makan ini.

      Menu istimewa di Fiske Steakhouse ialah Bread Butter Pudding dengan sos Karamel dihidangkan dengan aiskrim, dan Spagetti Bolognese. Selain makanan barat, Fiske Steakhouse juga ada menjual asam pedas Melaka. Jika anda tak boleh terima makanan mat salleh, bolehlah cuba asam pedas mereka. Dengarnya, boleh tahan sedap! LayariFacebook Fiske Steakhouse untuk info lanjut.

      Special Beef Steak: RM16.00, Chicken Chop: RM11.90, Lamb Chop: RM10.00

      Alamat: No. K4, Medan Selera AU2 (Jalan AU 2C/6), Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur.
      Telefon: 017-2121649
       says.com
  • 7. Western Dwap Barbarian Vape & Grill

    • Daging yang disajikan di Western Dwap digemari ramai kerana ia mempunyai tekstur yang empuk dan dimasak dengan begitu istimewa. Selain daripada menyediakan menu berbentukgrill, di sini juga terdapat pelbagai pilihan sandwich. Yang menariknya, sandwich ini boleh didapati dalam dua pilihan saiz iaitu Barbarian Sandwich untuk saiz besar, dan Viking Sandwich untuk saiz yang lagi lagi besar. Fuhlamak, kalau makan agaknya kenyang seminggu.

      Antara menu istimewa di Western Dwap ialah lima jenis pasta, Bangers and Mashed (sosej), pelbagai pilihan burger dan Wagyu. Harga Wagyu di sini ialah RM128. LayariFacebook dan Instagram Dwap Barbarian untuk info lanjut.

      Grill Lamb: RM35.00, Chicken Viking: RM28.00

      Alamat: Blok 6, Lot G45, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
      Telefon: 03-58872644 / 017-6236296
       says.com
  • 8. Big Brother

    • Ramai yang kata saiz menu di Big Brother ini besar sehingga satu hidangan boleh dikongsi dua orang, dan harganya pula murah. Memang berbaloi kalau makan di sini. Bagi penggemar keju, pasti sukakan makanan di sini kerana mereka tidak lokek dengan keju. Contohnya, dalam sup krim tomato, diletakkan keju untuk membangkitkan lagi kelazatannya.

      Big Brother menyajikan menu seperti pemanis mulut Meringue, Breaded Fish, Spagetti dan Nachos. Kesemua menu ini berjaya memikat hati pelanggan dan kerap dicadangkan oleh mereka bagi yang baru hendak berkunjung ke sini. Layari Facebook Big Brother untuk info lanjut.

      Steak: RM30.90, Chicken Chop: RM15.90, Lamb Chop Tower: RM20.90

      Alamat: No. 3G, 3-1, Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damansara, PJU5, 47810, Selangor.
      Telefon: 012-2115190
       says.com
  • 9. Ayers Rock Butcher and Grill

    • Jika anda sukakan menu dengan nama yang simple, dan anda mahu makan dalam keadaan tenang, mungkin anda patut cuba Ayers Rock Butchery Grill. Kedudukannya yang terletak di kawasan perumahan dan agak tersorok menjadikan ia tenang berbanding dengan steak house yang lain. Menunya memang straightforward, boleh baca terus senarai steak yang anda nak makan. Dan jika Shah Alam terlalu jauh untuk anda, restoran ini ada cawangannya di Wangsa Maju.

      Antara menu istimewa di restoran ini ialah Salmon Steak, Grainfed Ribeye dan Burger Steak. Layari Facebook Ayers Rock untuk info lanjut.

      Sirloin Steak: RM30.90 (280gms), Grilled Chicken: RM15.00

      Alamat: Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
      Telefon: 03-51922344
       says.com