Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata, daripada jumlah itu, RM121 juta adalah dana usahawan mikro membabitkan 17,435 usahawan yang menikmati faedah di bawah program dana keusahawanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Beliau memberitahu, manakala baki RM113 juta lagi adalah dana pembiayaan perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana melibatkan 1,697 usahawan menerusi dana yang disediakan lapan agensi keusahawanan utama di bawah Maj­lis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu.
Menrutnya, dalam tempoh yang sama, kerajaan negeri turut membantu usahawan meningkatkan daya saing perniagaan dengan me­laksanakan 190 kursus dan latihan keusahawanan melibatkan penyertaan 8,704 usahawan IKS.

“Ia jelas membuktikan kerajaan sentiasa prihatin bagi membangun dan membantu daya saing IKS tempatan termasuk usahawan SDSI (Satu Daerah Satu Industri),” katanya.
Roslee menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Showcase SDSI Peringkat Zon Timur 2015 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini hari ini yang berlangsung selama tiga hari berakhir Sabtu ini.
Dalam majlis itu, beliau turut me­lancarkan produk usahawan tempatan termasuk keluaran baharu AdeqSue berupa petai jeruk, cili jeruk, keropok lekor perisa keju dan keropok lekor perisa lada hitam milik usahawan yang juga bintang bola sepak negara, Hairuddin Omar atau Hai O.
Beliau seterusnya berkata, penganjuran Showcase SDSI Zon Timur kali ini menyaksikan peningkatan jumlah penyer­taan kepada 170 usahawan berbanding hanya 81 peserta pada kali pertama penganjurannya empat tahun lalu.