
Giant Malaysia
Saya mendapat msg pemberitahuan tentang penarikan semula sijil halal PCK ini, berserta dengan msg “Ayam2 yg dijual seluruh PASARAYA GIANT, SIJIL HALAL sudah ditarik balik. Harap maklum kpd semua umat Islam” Oleh itu, saya nak tau apa kaitan PCK dgn GIANT. Adakah PCK merupakan pembekal ayam kepada GIANT. Diharap Admin dapat membantu. Terima kasih.
Awal bulan june 2015 Sijil Halal Rumah Sembelihan Ayam PCK Processing and Marketing Enterprise yang beroperasi di Seri Manjung telah ditarik balik oleh JAIPk. Selepas beberapa hari, viral di media social dan juga whatsapp berantai heboh dengan mesej berbunyi“Ayam2 yg dijual seluruh PASARAYA GIANT, SIJIL HALAL sudah ditarik balik. Harap maklum kpd semua umat Islam”.
Semalam, 9 June 2015 dengan pantasnya Pihak Pengurusan GCH Retail (M) Sdn Bhd iaitu Giant Malaysia keluarkan kenyataan bahawa Pasaraya Giant tiada kaitan dengan status halal PCK Processing.
Pengesahan Rasmi Oleh Pembekal-Pembekal Ayam Segar Untuk Giant Bersama Sijil Pengesahan Halal-Jakim
Pengesahan rasmi oleh pembekal-pembekal ayam segar untuk giant bersama sijil pengesahan halal-jakim mengenai ayam segar yang diedar, dipasar dan dijual di rangkaian pasaraya besar GIANT seluruh Malaysia mempunyai sijil HALAL yang diiktiraf, disah dan dikeluarkan oleh JAKIM.
“Dengan pengesahan serta perjelasan yang telah diberi, kami mengalu-alukan para pelanggan setia kami serta rakyat Malaysia untuk terus mengunjungi serta menikmati pengalaman membeli belah di GIANT. Keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami. GIANT akan terus berusaha memberi yang terbaik!”
» Salam ikhlas, Pengurusan GCH Retail (M) Sdn Bhd
Senarai Pembekal Ayam Segar Giant Halal Jakim Malaysia
Berikut merupakan senarai pembekal ayam segar giant yang telah diiktiraf halal jakim malaysia bagi seluruh pasaraya besar giant malaysia
- Lay Hong Food Corporation Sdn Bhd (633683-X)
- PK Argo Industrial Products (M) Sdn Bhd (559453-H)
- HLRB Processing Sdn Bhd (722036-H)
- New balok poultry industries sdn bhd (1089948-p)
- Dindings poultry processing sdn bhd (144808-p)
- Hy-fresh industries sdn bhd (734885-w)
- Worldsign industries sdn bhd (799780-m)
- Kerabat processing house (pedas) sdn bhd. (868541-k)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan