Filem dan drama halal? Apa bendanya
ni, bukan benda boleh makan pun? Ya, jika anda lihat skop pasaran halal, terdapat
bahan produksi filem dan drama dimasukkan dan dijual dalam bentuk media DVD.
Bahan media ini biasanya dimasukkan dalam kategori hiburan (entertainment). Untuk
sesuatu barang itu dimasukkan dalam industri halal bukanlah atas sebab boleh
atau tidak boleh dimakan, tetapi perlu dilihat dari aspek kepatuhannya kepada hukum
syarak. Hal ini samalah dengan konsep ‘duit halal’ yang difahami dan diterima
pakai dalam kehidupan umat Islam. Duit halal bukan bermaksud duit itu sesuatu
yang boleh dimakan, tetapi maksudnya duit itu diperolehi daripada sumber yang
bersih dan diyakini dan bukannya pendapatan daripada aktiviti haram seperti
perjudian, jual dadah dan sebagainya. Jadi, wajarlah sesuatu produk yang bukan
makanan itu di kategorikan halal jika tiada unsur-unsur yang diragui pada bahan
dan pembuatannya.
Berbalik kepada kategori filem dan
drama halal, perkara ini adalah suatu bentuk hiburan. Masih ramai dalam
kalangan umat Islam yang salah anggap mengenai hiburan. Hiburan adalah halal
disisi Islam. Islam tidak mengharamkan hiburan kerana hiburan itu adalah
sebahagian daripada sifat atau fitrah
manusia dan Islam itu sendiri adalah agama fitrah. Hiburan akan menjadi haram hanya
sekiranya ia melalaikan kita daripada
melaksanakan kewajipan sebagai seorang Islam seperti tidak mendirikan solat
fardu semasa menikmati hiburan.
Hiburan dalam
bentuk cereka filem juga akan menjadi haram sekiranya kandungannya melanggar
batas-batas syariat Islam lebih-lebih lagi yang berunsur tidak baik. Menonton
cereka sehingga melewati waktu solat juga boleh membawa kepada haram. Oleh yang
demikian, sekiranya pembikinan filem atau drama itu tidak melanggar syariat
Islam lebih-lebih lagi yang berunsurkan pengajaran yang baik atau dakwah, maka
ianya akan dikategorikan sebagai produk halal dalam dunia Islam.
Untuk mengetahui pelbagai kategori produk halal, sila layari portal HalalSurf Malaysia.
Untuk mengetahui pelbagai kategori produk halal, sila layari portal HalalSurf Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan