Sabtu, 15 Ogos 2015

Pemasaran emel Halal, tetapi ada yang Haram dilihat.



Semua orang tahu bahawa Internet adalah teknologi yang baik dan banyak manfaatnya. Tetapi, sewaktu kita melayari Internet untuk tujuan tertentu, kita dengan mudah terdedah dengan perkara-perkara yang haram. Kadang-kadang, melihat yang haram itu tidak dapat dielakkan. Perkara ini juga berlaku tanpa niat, dan bukan juga di sengajakan. 

Contohnya, kita gemar mendaftar di laman-laman beli-belah online untuk menerima berita dan promosi-promosi terkini melalui emel. Apabila emel diterima, kita pun membuka emel untuk melihat barang-barang yang dipromosikan.  Tiba-tiba, terlihat gambar wanita seksi yang mempamerkan bra dan seluar dalam! Ya, itu model iklan. Boleh dikatakan tiada satupun model dalam iklan promosi itu yang menutup aurat! Jika anda seorang lelaki dan ketika itu orang lalu lalang di belakang tanpa disedari, boleh pulak menimbulkan fitnah atau persepsi negatif. Sudah tentunya anda berasa malu untuk buka dan lihat emel macam tu di depan orang, betultak? Lainlah halnya jika anda seorang wanita.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang. Bagaimana? Apa pilihan yang ada? Baru-baru ini, satu pasaran baru untuk pengguna muslim telah dilancarkan iaitu HalalSurf.com. Pendaftarannya pula adalah percuma. Sebagai pengguna, jika mendaftar di HalalSurf.com, anda juga akan menerima emel yang mengandungi pelbagai promosi produk dan perkhidmatan daripada penjual.  Apa yang bezanya? 

Ya, bezanya ialah, barang-barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam emel promosi HalalSurf akan mematuhi polisi dan garis panduan pengiklanan khusus untuk pasaran Islamik. Ini bermakna, tiada gambar model yang mendedahkan aurat atau paparan yang menghairahkan dibenarkan. Semua iklan akan ditapis. Pendek kata, emel promosi HalalSurf adalah patuh syariah. Barulah halal untuk dipandang! Insya Allah, lebih barakah berjual beli di HalalSurf.com!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan