Khamis, 27 Ogos 2015

Adab Jual Beli (Secara Umum) dalam ISLAM

Jual beli Adalah proses pemindahan hak milik/barang atau harta kepada pihak lain dengan menggunakan wang sebagai alat tukarnya. Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'.


  1. Kita perlu mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan, sebelum membeli.
  2. Tidak digalakkan membeli (terutamanya makanan) dalam keadaan terlalu lapar hingga mengakibatkan kita membeli pelbagai jenis makanan. Ini kerana dikhuatiri akan berlaku pembaziran kerana terlalu banyak makanan.
  3. Sebaiknya dapatkan pandangan mereka yang arif mengenai sesuatu produk sebelum membelinya.
  4. Elakkan menipu dan menganiaya penjual seperti memberikan wang palsu dan membuat tawar-menawar harga terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.
  5. Bersikap jujur dan amanah ketika membeli.
  6. Mengutamakan urus niaga dengan orang Islam supaya kita dapat membantu sesama umat kecuali apabila tiada pilihan.
  7. Pastikan barang yang hendak dibeli halal dan bermanfaat.

Bersama kita perjuangkan Halal kerana mencari yang halal merupakan suatu tuntutan dalam Islam. Dapatkan barangan halal di portal HalalSurf.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan