Khamis, 27 Ogos 2015

Apabila seluruh umat Islam ingin bersatu dalam satu pasaran ekonomi muslim, maka berhimpunlah semuanya di HalalSurf.Com marketplace!

Apabila umat Islam ditindas oleh peniaga bukan Islam dalam berjual beli, mereka marah dan menyalahkan golongan peniaga tersebut. Kes makanan mengandungi DNA babi, penarikan semula sijil halal, pemalsuan logo halal dalam produk dan barangan, premis dan kilang pembuatan diragui dan dicemari najis haiwan yang diharamkan untuk dimakan - semuanya ini menunjukkan betapa tidak hormatnya sebahagian pengusaha bukan Islam dalam industri makanan/pembuatan terdapat prinsip Halal yang dipegang oleh umat Islam. Kadang-kadang dapat kita perhatikan situasi dimana orang vegetarian sangat diambil berat dan dihormati sensitiviti pemakanan mereka, sedangkan orang Islam yang berpegang kepada prinsip Halal tidak diendahkan pula.

Mengapa kes-kes di atas berlaku, berulang dan tiada berkesudahan? Sampai bila umat Islam nak menuding jari dan menyalahkan pihak berkuasa dan kerajaan setiap kali kes seperti ini berlaku? Adakah patut kita meletakkan kepercayaan menjaga kebersihan dan kesucian makanan yang kita makan kepada peniaga dan pengusaha bukan Islam? Fikir-fikirkanlah. Pengusaha dan peniaga bukan Islam yang tiada kepentingan dalam hal ehwal Islam, semestinya akan mendahulukan kepentingan untuk meraih keuntungan berbanding nak memikirkan sangat tentang hukum halal haram. Jika kita meletakkan kepercayaan tersebut kepada mereka, maka kita tersilap!

Sebenarnya terdapat usahawan dan pengilang muslim yang menyedari hakikat ini dan telah berusaha untuk mengeluarkan produk-produk halal sebagai pilihan kepada produk-produk orang bukan Islam yang telah mendominasi pasaran. Tetapi dimana mereka ni semua? Adakah mereka ada di Malaysia atau di negara jiran ASEAN ataupun di negara Islam yang lain? Bagaimana dan dimana untuk mendapatkan produk-produk mereka? Ya, kita sebenarnya memerlukan satu mekanisme pasarniaga orang Islam atau yang disebut muslim marketplace untuk membolehkan kita mengetahui semua ini. Marketplace muslim mestilah berpaksikan kepada produk dan perkhidmatan yang halal. Maka sebab itulah, pada tanggal 14 Ogos 2015, marketplace yang dinamakan sebagai HalalSurf.Com direalisasikan dan berpangkalan di negara kita, Malaysia. Jika tiada yang mahu menggalas tugas ini, biarlah kita yang memulakannya. Syabas HalalSurf.Com!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan