“Selain itu, kita perlu ketepikan perbezaan ideologi politik
jika kita mahu pastikan usaha ini berjaya. Kuasa pengguna di tangan kita dan
kita berhak menentukan pasaran yang ada dalam negara ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil
dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah pula berkata, pemimpin
perlu memainkan peranan dengan mengimport produk dari negara Islam sebagai
ganti terhadap produk negara yang menyokong Israel.
“Ini masa terbaik bagi pengusaha dalam kalangan masyarakat
Islam untuk mengembangkan perniagaan mereka jika kita memboikot produk yang
berkaitan dengan Israel secara berterusan,” katanya.
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Perjuangan memboikot barangan dan
perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel perlu diteruskan bagi menghantar
isyarat jelas berhubung usaha menegakkan prinsip menentang keganasan.
Ketua Aktivis Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata,
kuasa pengguna memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kehendak
pasaran serta berupaya melumpuhkan kekuatan ekonomi sesebuah negara.
“Kita ada senjata, tetapi
tak tahu guna. Kalau kita boikot barang mereka dan hentikan permintaan, sudah
tentu ia akan memberi tekanan kepada syarikat pengeluar yang bertindak
menyokong Israel.
“Kita tidak mahu bersikap
tunggu dan lihat. Bertindak sekarang atas nama perjuangan menegakkan aspirasi
kemanusiaan tanpa mengira agama atau bangsa secara bijak. Mulakan dengan
memboikot produk yang banyak pilihan dan tidak membawa kebaikan misalnya
minuman berkarbonat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Awang Selamat dalam
ruangan Analisis Mingguan Malaysia semalam berkata, antara faktor Israel
menghentikan keganasan ke atas penduduk Palestin adalah kesan boikot yang mampu
menjadi senjata efektif warga dunia, biarpun secara bersendirian untuk tidak
bersubahat dengan kuasa kezaliman dan kejahatan.
Katanya, pada 2014,
Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid mengakui kesan kempen tersebut ekoran
bantahan terhadap keganasan terhadap Palestin telah menjejaskan ekonomi negara
itu bahkan terdapat laporan bahawa Israel kerugian sekurang-kurangnya AS$4
bilion (RM16.54 bilion).
Menurut Yang Dipertua
Persatuan Penjaja-Penjaja & Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan
(PPPKMNS), Datuk Zainol Ishak, usaha memboikot
barangan berkaitan Israel bukan sahaja perlu menjadi tanggungjawab pengguna
tetapi turut wajar dilaksanakan oleh para peniaga.
“Salah satu cara untuk
menjayakan kempen ini adalah dengan menghentikan sokongan terhadap produk yang
ada kaitan dengan Israel.
“Langkah ini secara tidak
langsung akan memberi kesan kepada kitaran ekonomi pengusaha Israel mahupun
syarikat yang menyokong rejim tersebut. Yang menjadi masalah hanyalah tahap
kesedaran kita untuk melaksanakannya dan pengetahuan kita tentang produk-produk
keluaran mereka,” katanya.
Sementara itu, Presiden
Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Ghadafi Jamal
Jamaludin berkata, sekatan yang dilakukan secara berterusan dan
menggunakan kuasa pengguna sepenuhnya mampu memberi kesan dalam pelbagai aspek
kepada Israel.
“Kita perlu berpegang dan
berprinsip untuk memastikan usaha ini berjaya serta memerlukan pengorbanan yang
tinggi. Cara hidup perlu diubah. Masih ada sesetengah golongan remaja yang
menganggap sebahagian produk bercirikan Israel merupakan keperluan hidup masa
kini.
“Selain itu, kita perlu
ketepikan perbezaan ideologi politik jika kita mahu pastikan usaha ini berjaya.
Kuasa pengguna di tangan kita dan kita berhak menentukan pasaran yang ada dalam
negara ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah pula berkata, pemimpin
perlu memainkan peranan dengan mengimport produk dari negara Islam sebagai
ganti terhadap produk negara yang menyokong Israel.
“Ini masa terbaik bagi
pengusaha dalam kalangan masyarakat Islam untuk mengembangkan perniagaan mereka
jika kita memboikot produk yang berkaitan dengan Israel secara berterusan,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan