Mungkin ada di antara kita yang pernah dengar dan tidak pernah berkaitan dengan HDC ini.HDC ini bermaksud Halal Development Corporation dan ditubuhkan pada 18 September 2006.

Sekarang ini kalau kita lihat di Malaysia khususnya, sensitiviti masyarakat Islam berkaitan dengan industri Halal sangat meluas. Setiap hari isu makanan yang tidak dijaga tahap kebersihan dan ke’Halal’annya sering dimainkan dalam media sosial dan juga media cetak. Jadi, di sinilah sebenarnya peranan HDC ini untuk membantu perkembangan dan juga pembangunan industri Halal di Malaysia ini.
Industri Halal bukan sahaja sudah menjadi satu cara hidup, ia juga sudah menjadi satu industri perniagaan yang sangat meluas pasarannya. Visi utama HDC ini adalah memastikan Malaysia bakal menjadi Global Halal Hub untuk pasaran seluruh dunia. Bukan itu sahaja, HDC juga berperanan untuk memastikan peniaga yang menyertai Global Halal Hub ini terdiri daripada peniaga bumiputera dan beragama Islam dari Malaysia.
Sudah nampak sebenarnya di situ bahawa peranan yang dibawa oleh HDC bagi membantu golongan peniaga terutamanya peniaga Islam untuk memajukan ekonomi kita yang semakin tertinggal berbanding kaum lain.
Apa sebenarnya yang HDC lakukan yang boleh memberi manfaat untuk peniaga Islam Bumiputera ?
DC akan membantu kepada peniaga tempatan dari aspek pembuatan, pengedaran, peruncitan, keusahawanan, penyelidikan termasuk juga pembiayaan dalam membangunkan perniagaan kita. Kesimpulannya, sekiranya kita mempunyai idea untuk membangunkan sebuah perniagaan yang berasaskan produk dan pasaran halal, HDC adalah agensi terbaik untuk membantu kita dari semua aspek di atas. Termasuk jugalah dari segi khidmat nasihat dan perkhidmatan.
Semua perkhidmatan dan bantuan yang diberikan oleh HDC sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga kita kerana dana yang disediakan adalah sangat mencukupi untuk membangunkan sektor industri ini. Antara peranan lain yang dimainkan oleh HDC termasuklah :
Menerajui pembangunan industri Halal mengikut standard dan piawaian antarabangsa
Menguruskan bangunan, fasiliti dan keperluan peniaga industri Halal
Menyokokng pembiayaan Industri Halal Malaysia
Membantu mengembangkan perniagaan dan perusahaan peniaga Halal tempatan
Membangun dan mempromosikan pasaran jenama produk Halal tempatan ke peringkat antarabangsa
Membantu mempromosikan konsep Halal untuk produk dan servis
Jadi, dengan bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh HDC ini, golongan peniaga yang ada sepatutnya boleh mengambil peluang ini dengan lebih agresif lagi, bukan lagi mengharapkan bantuan seperti ini datang ke pintu rumah kita baru kita nak bertindak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan