BAGAIMANA UNTUK MENJADIKAN PERNIAGAAN ANDA SENTIASA CUKUP DAN UNTUNG
Dalam perihal perniagaan, sering ditekankan keuntungan dan kepantasan dalam berniaga. Sesuatu perniagaan yang baik akan diukur dari segi kepantasan dan keuntungan yang boleh dibuat daripada perniagaan tersebut.
Hal ini sebenarnya memang tidak dinafikan sebagai salah satu kayu pengukur kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Kebanyakan orang yang meniaga mempunyai satu matlamat iaitu ingin mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Tiada siapa yang ingin memulakan perniagaan kemudiannya rugi di tengah jalan.
Namun demikian, mungkin kita tidak sedar, dalam sesuatu perniagaan itu, keberkatan dalam perniagaan itu adalah lebih penting berbanding keuntungan. Kenapa keberkatan itu lebih penting?
Jawapannya mudah, ini kerana kita mahu setiap keuntungan yang kita perolehi daripada perniagaan itu mencukupi untuk menampung kehidupan harian kita. Ada sesetengah peniaga, memiliki keuntungan perniagaan yang tinggi setiap bulan, tetapi mempunyai masalah untuk menampung urusan kehidupan harian kerana keuntungan itu tidak mencukupi.
Keberkatan dalam perniagaan ini datang dalam pelbagai bentuk. Sekiranya kita memperolehi keberkatan dalam perniagaan, kita akan mempunyai masa yang cukup dengan keluarga, beroleh kesihatan yang baik, mampu membantu insan yang memerlukan dan yang paling penting, kita mampu menjaga hubungan dengan Allah Tuhan sekalian alam.
Walaupun mungkin kita cuma mampu mendapatkan keuntungan bersih cuma sebanyak RM 500 sahaja setiap bulan, tetapi dengan RM 500 itulah kita boleh membayar bil, belanja makan dan mampu disedekahkan sedikit kepada rumah kebajikan, itulah yang dinamakan sebagai keberkatan. Jika hendak dibandingkan dengan peniaga yang memiliki keuntungan bersih RM 10, 000 sebulan, tetapi keuntungan itu habis dibelanjakan untuk pusingan modal, membayar bil dan keperluan, langsung tidak ada bahagian untuk membantu orang lain yang memerlukan, bermaksud masih ada lagi bahagian urusan perniagaan kita yang tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Bagaimana nak mendapatkan keberkatan ini? Mudah sahaja sebenarnya. Berikut disenaraikan cara mudah untuk mendapatkan keberkatan :
Pastikan kita tidak menjual barangan yang rendah kualitinya berbanding harga kepada pembeli
Setiap informasi tentang barangan kita hendaklah telus dan jelas kepada pembeli sebelum mereka membeli
Setiap keuntungan perniagaan kita itu disedekahkan sebahagiannya kepada golongan snaf yang memerlukan
Jangan terlibat dengan riba dalam urusan jual beli
Jangan terlalu meletakkan harga yang tinggi sehingga membebankan pembeli
Berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembeli tanpa mengira pangkat dan kedudukan
Jangan terlalu mengejar keuntungan tetapi sebaliknya kejarlah hubungan yang baik dengan pelanggan
Jaga hubungan dan ibadat dengan Allah SWT
Pastikan barangan yang kita jual bukanlah hasil daripada barangan tiruan atau cetak rompak barangan lain
Pastikan kita mematuhi undang-undang perniagaan yang telah ditetapkan oleh penguasa tempatan dan kerajaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan