Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila
 digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam 
perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan 
atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai 
bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ 
atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau
 mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah 
dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu 
hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung 
dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan: 
- Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak.
- Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
- Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak.
- Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (1), (2) atau (3) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan